|
ANTARA SIJIL MENGENAI KUALITI PRODUK DAN PERLINDUNGAN INSURAN

GFI atau Guan Fang International Marketing (M) Sdn Bhd adalah satu syarikat pemasaran berangkaian berlesen (AJL931552) yang berasal dari Malaysia yang ditubuhkan oleh para profesional yang berpengalaman luas dalam bidang pembuatan dan pemasaran.
Dengan lokasi strategik di Shah Alam Technology Park of Malaysia, Guan Fang International menyelia semua operasi GFI dari cawangan-cawangan dari negara-negara lain. Cawangan-cawangan lain adalah seperti cawangan di Indonesia, Thailand, Singapura, China, Jepun dan Pakistan. Tidak lama lagi, GFI akan membuka cawangan di Amerika Syarikat. Jualan di cawangan Jepun pada bulan Mac 2010 adalah sebanyak USD1 juta.
Satu dunia menggunakan plan pemasaran yang sama. Oleh itu, anda boleh mewujudkan rangkaian (network) anda di mana-mana negara yang ada cawangan GFI. Tidak mustahil, anda boleh ada downline dari Jepun, China dan lain-lain.
Keupayaan pemasaran Guan Fang International dilengkapi dengan sokongan kewangan dari syarikat Induknya iaitu Envair Holding Berhad ("Envair"), satu syarikat awam tersenarai di BSKL yang bereputasi. Envair yang pakar dalam bidang teknologi dengan kemudahan-kemudahan yang terkini, memberikan satu platform dan sokongan kepada GFI untuk mengawal operasi bekalan produk, khususnya dalam penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan produk-produk terkini dan berkualiti.
Bangunan milik GFI (Envair) yang berharga 15 juta di Taman Teknologi Shah Alam.
Dengan sokongan dinamik dari Envair, GFI merupakan salah satu daripada sebilangan kecil jenama pemasaran berangkaian di rantau ini yang mampu menghasilkan produk sendiri. Ini bermakna pengawalan kos yang lebih berkesan, pengurusan distribusi yang lebih baik dan kepulangan yang lebih tinggi untuk ahli-ahli kami.
Kini, Guan Fang International dan Envair terus berganding tangan untuk membawa jenama GFI ke aras yang lebih tinggi lagi. Gabungan yang terdiri dari aspek-aspek pemasaran dan produktiviti ini telah menjadi teras kepada pelan perkembangan GFI, dan membuka laluan yang kukuh bagi GFI dalam pencarian peluang-peluang bisnes baru di arena-arena tempatan dan antarabangsa.
Selain dari perniagaan diatas, syarikat juga terlibat dalam pembangunan hartanah. Diantara projek yang sedang dijalankan ialah projek pembangunan Marina di Melaka. Projek yang bernilai 6 billion (6 ribu juta) ini telah dimulakan. Projek ini mengandungi taman tema air bertaraf antarabangsa, hotel 5 bintang, pusat kapal layar dan lain-lain.
Kurang yakin? Kami ada gambar-gambar plan kemajuan kerja, plan pembangunan, plan bangunan dan lain-lain.
Syarikat ini adalah syarikat yang sangat kukuh. Anda tidak perlu ragu-ragu akan kewangan dan pengurusan syarikat ini. Pemilik syarikat ini akan perdagangkan syarikat ini di New York Stock Exchange (NYSE) pada awal tahun 2011 iaitu pusat perdagangan saham terbesar dunia.
Projek Marina yang dimiliki oleh GFI (Envair) yang bernilai 6 billion.
Anda dijemput untuk berbisnes disini. Anda dialu-alukan. Kami amat menghargai anda. Tidak perlu risau dengan syarikat bermasalah, tidak bayar bonus, tak hantar produk dan lain-lain kerana itu sukar untuk terjadi disini.
Apa Tunggu Lagi??!...

|